Sunday, October 10, 2010

10.10.10...istimewa ke ?


Ermmmmmm..mcm2 definasi utk terikh ni, ada yg bernikah , bersalin , bercerai , kematian dan mcm2 lagi perkara yg akan jadi kenangan pada tarikh ni.....Istimewa ke tarikh ni ? .... semua bangsa , cina , india , MELAYU ..malahan satu dunia akan mengabadikan tarikh ni sbg tarikh yg cukup nostalgia ..pelikkk.......dah takda tarikh lain , hari lain , waktu lain utk di jadikan kenangan ? ..... tentu pelbagai reaksi dan pendapat tersendiri utk mereka yg merasakan tarikh ni cukup istimewa....

Tapi pernah ke korang kenang , tanam dlm minda , ingat sampai bila-bila tarikh-tarikh yg lain  ...contohnya tarikh lahir Nabi Muhammad , tarikh beliau bernikah dgn Siti Khadijah ...atau brapakah usia nabi adam hidup di dunia.....

Iyeeeeeeeeeee....mmg ada yg kata mamat BAJOOMELAYOO yg tulis blog ni poyo , nak tunjuk alim , atau bagusss.......tapi hakikatnya mmg ramai di antara kita akan buat pekak, buat tak tau dan buat selange je bila berbicara pasal keagamaan...Mmg ianya subjektif dan berat utk di perbualkan dlm kehidpan seharian ...tapi perbualan agamalah yg akan buat kita sedar akan kiamat kian menjelma...kita sibuk bercakap pasal tarikh 10.10.10...org tu kawen..org ni kawen ..gosip sana sini ...tapi kesudahanye ?....

Apa yg cuba d sampaikan d sini , iye lah.....takda apa ISTIMIEWAye tarikh-tarikh yg ada di dunia ni ,  melainkan tarikh dan waktu utk kita hitung pertemuan dgn PENCIPTA kita, itu yg lebih utama..

Masing - masing ada pendapat ....sure ada yg setuju dan ada yg tak..tapi BAJOOMELAYOO hanya melakukan tugas kecil utk umat islam iaitu MENGINGATKAN antara satu sama lain ...kalo tak boleh dgn kata-kata , memadailah dgn tulis blog , email , sms.....nak cakap lebih kang , ada yg membangkang ..jadi sekadar ingatkan secara general... terpulang pada diri masing-masing nak menilai dan ambil peringatan.....

Tenung renungkan , selamat berakal .....



Continue Reading...

Saturday, October 9, 2010

Saya Melayu

Korang bayangkan situasi panggilan telepon ni :

Jaafar : Hello , May i speak with Mr simon ,
Simon Darr : Yes , Speaking 
Jaafar : Am Jaafar from Zashwood industries sdn bhd, ..(dgn British english slank.ye) ..
Simon Darr : Ohhhhh,,En Jaapor , apa boleh di bantu ...memang menunggu En Jaapor call ni, berkenaan email penajaan utk program amal kami
Jaafar : Lerrrrrrrrrrr boleh cakap melayu rupa ye
Simon Darr : Ye .. SAYA MELAYU
Jaafar : Ohhhh ingatkan , mat salleh atau bangsa mana tadi ...tengok kat namecard nama omputih
Simon Darr : SIMON DARR tu nama BRANDING ,nama glamour,,,nama betul SULAIMAN DARUS...nak cari makan ..... kalo tak nanti susah nak deal dgn bangsa lain n org kureng confident dgn service syarikat kami..
Jaafar : perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......mmg strategic marketing ..

Melayu kini telah di transformasi dengan pelbagai cara dan gaya . Melalui nama panggilan ,Kalo nama KHADIJAH di panggil KATTY ,  ABU BAKAR jadi ASH BURN ..GHANI DEBAB jadi JOHNY DEPP..ermmmm dari nama juga telah menunjukkan 1Malaysia .....tapi apakah arus kemodenan yang kian pesat membangun atau BRANDING diri di perlukan untuk menjadikan diri seseorang itu di kenali , membezakan dari manusia yang lain atau ianya untuk menyembunyikan IDENTITI sebenar supaya tak di downgradekan .....

Itu baru nama , mungkin banyak lagi perkara yang anda semua lalui , alami , rasai sepanjang hidup dengan bertaglinekan "SAYA MELAYU" .....mungkin kita boleh sharing untuk jadi peringatan dan panduan supaya cogankata "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" akan menjadi satu kalimah keramat untuk generasi akan datang








Continue Reading...
 

Blogroll

Site Info

Text

baju melayu Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template