Saturday, October 9, 2010

Saya Melayu

Korang bayangkan situasi panggilan telepon ni :

Jaafar : Hello , May i speak with Mr simon ,
Simon Darr : Yes , Speaking 
Jaafar : Am Jaafar from Zashwood industries sdn bhd, ..(dgn British english slank.ye) ..
Simon Darr : Ohhhhh,,En Jaapor , apa boleh di bantu ...memang menunggu En Jaapor call ni, berkenaan email penajaan utk program amal kami
Jaafar : Lerrrrrrrrrrr boleh cakap melayu rupa ye
Simon Darr : Ye .. SAYA MELAYU
Jaafar : Ohhhh ingatkan , mat salleh atau bangsa mana tadi ...tengok kat namecard nama omputih
Simon Darr : SIMON DARR tu nama BRANDING ,nama glamour,,,nama betul SULAIMAN DARUS...nak cari makan ..... kalo tak nanti susah nak deal dgn bangsa lain n org kureng confident dgn service syarikat kami..
Jaafar : perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......mmg strategic marketing ..

Melayu kini telah di transformasi dengan pelbagai cara dan gaya . Melalui nama panggilan ,Kalo nama KHADIJAH di panggil KATTY ,  ABU BAKAR jadi ASH BURN ..GHANI DEBAB jadi JOHNY DEPP..ermmmm dari nama juga telah menunjukkan 1Malaysia .....tapi apakah arus kemodenan yang kian pesat membangun atau BRANDING diri di perlukan untuk menjadikan diri seseorang itu di kenali , membezakan dari manusia yang lain atau ianya untuk menyembunyikan IDENTITI sebenar supaya tak di downgradekan .....

Itu baru nama , mungkin banyak lagi perkara yang anda semua lalui , alami , rasai sepanjang hidup dengan bertaglinekan "SAYA MELAYU" .....mungkin kita boleh sharing untuk jadi peringatan dan panduan supaya cogankata "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" akan menjadi satu kalimah keramat untuk generasi akan datang








0 comments:

Post a Comment

 

Blogroll

Site Info

Text

baju melayu Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template